2 Tahun Sekali

2 setahun sekali. Itulah perkara yang berlaku kepada kami 1 jabatan minggu lepas. Apa yang 2 tahun sekali sangat ni? Eheehee.. Sebenarnya, 2 tahun sekali Jabatan kami akan menganjurkan sukan, atau lebih dikenali di kalangan kami Seminar Kecergasan. Very the modern-kan. Cergas sangat! Haha. Ia berlangsung pada 17 – 22 Mei 2015 lepas bertempat di Institut Pertanian Timbang Menggaris, Kota Belud.

So, 2 tahun sekali yang lalu adalah pada tahun 2013, dan tiba masanya untuk tahun ni penganjuran Seminar Kecergasan Jabatan Kali ke-9. Seronok bila adanya seminar seperti ini, dapat berkumpul beramai-ramai, dapat mengeratkan tali silaturrahim dan yang paling best dapat berkenal-kenalan dengan staff dari daerah berbeza. Seminar ini, ia disertai daripada 6 zon: Zon Kota Kinabalu (Zon kami lettew!), Zon Selatan, Zon Utara, Zon Pedalaman, Zon Sandakan dan Zon Tawau.

Setiap kontinjen hanya dibenarkan untuk menghantar 60 orang ahli untuk bersukan semasa penganjuran seminar tersebut. So, ada ahli kontinjen yang menyertai lebih dari 1 sukan. Contohnya aku, ikut Netball (Favorite ni) dan bola tampar. Ada juga ahli kontinjen kami, sapu habis, semua sukan dia main. Hehe.. Taktau badan tahan jenis apa ni. Tak cedera-cedera pulak tu.. Tabik!

Sukan-sukan semasa Seminar Kecergasan ini, adalah:

  • Futsal (Lelaki dan Wanita)
  • Bola Tampar (Lelaki dan Wanita)
  • Pingpong (Lelaki dan Wanita)
  • Badminton (Lelaki dan Wanita)
  • Bola Jaring
  • Bola Sepak
  • Sepak Takraw
  • Dart
  • Larian Hijau

Tapi kan, dalam banyak-banyak hal yang berlangsung semasa seminar ni, 1 yang menarik perhatian aku sebagai bujangan ni, dapat tengok-tengok jejaka fit bersukan. Errr. Tengok yang bujang je la, ok! 😉 Gedik ke? A’ah kan, alahh bukan selalu. Haha.

Layan gambar yang tak seberapa ni:

IMG_20150523_122138
Ini semasa Majlis Perasmian, perbarisan dari setiap zon.. Dimulakan dengan Zon Kota Kinabalu (Berbaju Putih), Zon Utara (Biru), Zon Selatan (Ungu), Zon Pedalaman (Kuning), Zon Tawau (Merah Jambu) dan Zon Sandakan (Topi Orange).
Zon Kota Kinabalu. Zon terchenta!
IMG_20150524_171320
Ini teammates untuk Pasukan Bola Tampar kami.. Dari kiri: Kak Doris, Kak Rita, Myself, Kak Uli, Kak Mimi, Kak Rumaizah, Kak Laila, Kak Hera dan Nuraidah. First game dah out. Perlawanan kalah mati. Hihi
Team Badminton: Dari Kiri: Kak Rosni, Kak Rumaizah, Nuraida, Kak Phillisiam Kak Suzie, Kak Uli dan Kak Rita.
IMG_20150527_111137
Ini teammates Netball. Berbaju Kuning adalah ref kami. Lelaki? A’ah. Macam tak biasa kan. Hehe. Dari Kiri Berdiri (Berbaju Pink): Helena, Atika, Kak Rita, Kak Innes, Myself (kepala mereng), Nuraida dan Saliah. Dari Kiri depan: Kak Laila, Puan Hajah Julia (our care taker), Kak Rosnie dan Kak Phillisia. Yup, permintaan tinggi ahli semua nak baju color pink. Hihi. Kami bergambar bersama medal perak kami. Well okaylah, pertahankan pingat perak tueeee. 😀

Dan aktiviti last aku ikut adalah Larian Hijau. Larian ni, kena harungi sejauh 5 km. Perjalanan bukan jalan rata okay, jalan turun naik bukit. Acara bermula seawal 7:20 pagi. Aku tak leh lah nak lari sakan, lemah lutut dekkk. So dengan sukacitanya aku hanya berjalan sejauh 5 km tersebut. Kami berempat, meredah jalan seperti yang tidak berpenghujung. Tapi yang best sangat, penat lelah terasa hanya pada 15 min awal sahaja. Lepas tu, dah tak terasa penat. Sepanjang berjalan mulut tak henti bercerita, tak henti buat lawak, tak henti ketawa. Sudahnya, sampai juga dalam keadaan tidak penat extreme. Eheee. Tengah menuju ke garisan penamat tu, siap berpegangan tangan lagi kami berempat, mengada sangat. Nasiblah terjumpa kawan best semasa mengikuti perlarian hijau tersebut. 😉 Masa sampai tu, kena register balik, rasanya kami wanita terakhir yang sampai, tapi kira not bad jugalah, sebab akhirnya sampai, dari ada sesetengah orang tak habiskan acara pun, sampai tengah perjalanan minta kereta ambik. Tak aci ke, tak fit??? 🙂

IMG-20150521-WA0007
Ini antara peserta Larian Hijau Zon Kota Kinabalu. Terbahagi kepada 2. Open (Lelaki dan Perempuan) dan Veteran (Wanita berumur 35 tahun, lelaki berumur 45 tahun ke atas). Err.. Aku dalam group open. Belum Veterrrr lagi. Hihi. Yup, before pelepasan untuk acara ni, hujan lebat sangat… Alhamdulillah, masa acara bermula, gerimis mengundang je sikit…

Sudahnya, zon kami dan Zon Utara dinobatkan sebagai Juara Bersama, disebabkan kedua-dua zon memenangi bilangan pingat yang sama. 4 Emas dan 2 Perak.

Our big bosses! Penyampaian piala pusingan Juara Bersama. Dari kiri: En. Jabi, En. Jiffrin, En. Idrus (Pengarah), En. John, En. Kaliwon dan En. Bacho

Zon Kota Kinabalu:

  • Futsal (Lelaki dan Wanita) – Emas
  • Tennis – Emas
  • Pingpong Lelaki – Emas
  • Bola Jaring – Perak
  • Pingpong Wanita – Perak

Zon Utara:

  • Bola Tampar (Lelaki dan Perempuan)- Emas
  • Bola Jaring – Emas
  • Pingpong Wanita – Emas
  • Badminton Wanita – Perak
  • Futsal Wanita – Perak

Sebelum kisah SKDOA 2015 berlabuh, here some randomly pictures for you all..

Futsal wanita: Kak Jiwanah sedang beraksi sambil Nuraida menunggu peluang. (Baju purple)
Futsal Lelaki, team kami beraksi (berbaju putih). Lucunya diorang ni, tak pernah berlatih sepasukan, tetiba boleh rangkul emas pulak.. Hebat! Hebat!
Bola Tampar: sedang beraksi!
Badminton Wanita: Kak Rosni dan Kak Rita (Baju Biru)
????????????????????????????????????
Bola Tampar Lelaki: Zon kami baju merah. Tu, tu, Incik Alidin tengah spike.. 😉
Nampak tak deretan wanita berbaju pink kat luar court tu, hah tu team aii.. 😀
????????????????????????????????????
Semasa ni, En. Nik dari ISN beri ceramah tentang Sports Injury. Tak sempat nak ikuti secara keseluruhan ceramah abam handsome ni, waktu tak mengizinkan. Sebab ai belum lagi menghabiskan lagi Larian Hijau.. 😉

Demikianlah, kisah Seminar Kecergasan DOA yang diadakan 2 tahun sekali. Semoga kita berjumpa lagi di 2 tahun akan datang.. Seminar Kecergasan DOA kali ke-10 2017. Daaaaaa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: