Bila Hati Sedar

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.

Assalamualaikum.. 🙂

Tau tak, aku ni pemalas. Pemalas nak update blog selalu. Bila idea mencurah-curah rasanya nak update blog setiap hari. Tapi bila perasaan malas mula menguasai diri, aku dah tak boleh nak kata apa. Tu yang blog terbiar bersawang-sawangan di alam maya. Eheeh!

Apa yang aku nak kongsi di sini tentang sekelompok manusia yang aku tidak gemari tapi sebenarnya menyedarkan aku kenapa hati aku jangan ‘mean’ kat diorang. Menyesal pula. Aku sepatutnya tidak ada perasaan begitu dari awal hingga saat aku taip semua ini, hanya kerana aku tidak rapat dengan mereka dan mereka berkelakuan agak pelik sedikit bagi diri aku. Stop. No more rasa tidak senang hati. Oh hati, jauhkan dari perkara-perkara yang boleh menghitamkan dirimu.

Aku manusia biasa, ada hati, dan punya perasaan yang sentiasa berubah-ubah. Mulai saat ini, aku cuba untuk merubah persepsi, cuba untuk tidak berprasangka bukan-bukan, cuba untuk bersikap sabar dengan mereka yang cuba-cuba menindas aku (eh ada ke?hihi) dan cuba bersabar agar tenang sentiasa kepada mereka yang selalu menghulurkan provokasi (ini.. entahlah). Fine. Aku kena berubah. Noktah.

Aku bukan berlagak alim, bukan juga berlagak seperti diri ini baik. (Baca kat atas pun korang dah tahu kan aku bukan dalam golongan mereka yang baik banyak. hihi). Tapi aku cuba untuk sentiasa bersikap baik dan mengawal diri dari melakukan perkara yang boleh mengakibatkan hari-hari mendatang bermasalah dengan mereka yang berkaitan. Aku akui, kadangkala mulut ini macam tak ada insurans langsung. Argh! Stress. Tapi semua boleh diubah bukan. Yang negatif tinggalkan kekalkan yang positif. Aku cuba.

Aku ketika ini, seorang manusia yang sedang cuba untuk solat tidak tinggal, berusaha untuk tudung tak pernah lepas dari menutup kepala dan berusaha untuk menjaga batasan hubungan antara aku dan lelaki.  Show off ke tu? Bukan itu maksud aku. Tapi cukupkah hanya itu sahaja? Dan ini sebenarnya apa yang cuba aku sampaikan, semua yang aku jaga ini, berkecai juga bila perkara para 2 di atas aku lakukan. Betul tak?? Kalau kita menjaga hubungan dengan ALLAH, menjaga batasan antara lelaki dan perempuan, namun tidak menjaga hati dari tidak menyenangi insan lain. Seperti semua yang kita usahakan bermatian-matian tapi sebenarnya tidak berbaloi untuk mendapat reward. Disitu aku berfikir, kenapa semuanya berjalan dengan lancar tapi hati masih belum cukup untuk berkeadaan baik. Sebab, apa? Tepuk dada tanya hati. ALLAH, banyak dosaku.

Dan lebih memalukan diri aku sendiri, aku mempelajari sesuatu perkara baik dari mereka yang aku tidak senangi (dulu). Dari situ aku tahu, kenapa aku tidak pernah bernasib baik dalam melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan. ALLAH aku lalai dan leka ketika menjalani perkara tersebut, aku melupakanmu. Kenapa aku lupa, semua yang berlaku adalah kehendak-MU? 😦

Rupanya hatiku lebih hitam dari mereka. Hatiku lebih kejam membelakangkan diri-MU. Terima kasih, dalam kita tidak pernah bertegur sapa, dalam ketika aku rancak memperkatakan ketidaksenangan aku terhadapmu, kau tunjukkan aku satu perkara yang perlu aku pelajari, untuk aku ingati dan untuk aku praktikkan dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah ALLAH, KAU buka pintu hati ku. KAU buka jalan untuk aku menyenangi mereka dan berharap mereka juga ‘menyenangi’ aku. KAU berikan aku peluang untuk bersihkan jiwa dan hati ini terus kotor.

Tiada dendam sebenarnya, hanya perasaan ‘tidak senang’ terbawa-bawa. Semoga perasaan hitam itu terus pergi dan aku tidak hanyut dengan keadaan duniawi yang melalaikan. IA.

cropped-photogrid_1424922477397-1.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: