Hati · Relationship

Cerita Kahwin?

Assalamualaikum..

Cerita kahwin masa kini sangat hot. Apatah lagi, baru-baru ini jejaka kesayangan hamba yang berbadan sado tu dah menamatkan zaman solonya. Ramai sangatlah tu para gadis yang nak bersuamikan dia dan mak-mak gadis yang nak bermenantukan dia menangis tepi katil.

Alahai Incik Fahrin Ahmad, apasal tak tunggu ai. Namun-namun, setelah melihat wajah cinta hatinya Puan Elena Hani Eleas.. Erk?? Memang tak lah abam Fahrin nak kat ai. Jauh beza okayh! πŸ˜€ Lagi bikin ai syahdu bila cerita cinta mereka sangat sweet. Ekeekeeee. Selepas 17 tahun bertemu kembali, melangsungkan majlis pernikahan tanpa wang dan barang hantaran. Alahai Indahnya sebuah masjid dibina. Semoga bahagia abam kesayanganku. Ai pun nak macam abam-lah.. Terus pikir-pikir, umur sekarang 32 tahun tolak 17 tahun, umur 15 tahun. Erk, 15 tahun maknanya tingkatan 3, siapa kawan ai pada umur itu yang ai tak jumpa-jumpa sampai sekarang, dan masih single. Pikir-pikir. Takde. Sekian. Ekeke.

Screenshot_2015-05-09-18-00-31
Happy-nya dia.. πŸ˜€
Screenshot_2015-05-09-17-59-04-1
Wajah girang.
Screenshot_2015-05-14-12-18-19-1
Mr. & Mrs. Fahrin Ahmad

Apa? Umur ai dan 32 tahun? Masih bujang?Tak ada boyfriend? Belum kahwin? 3 series? Andartu? Ada lagi kah yang mahu? Erk?!! Begini, hati mana yang tak kisah pasal umur ini masih belum memiliki dan dimiliki? Hati mana yang tak peduli umur ini masih belum ada zuriat sendiri. Hati mana yang tak risau, hutang sendiri bayar sendiri, kot-kot ada suami bolehlah tolong bayarkan. Ye dak??? πŸ˜‰ Memang semua tu menjadi satu bebanan otak bila difikirkan secara extreme. Namun, nak tau apa yang buat diri tabah dan teruskan hidup seperti biasa? Kerana DIA ada. Ya, sebab DIA ada. Selagi DIA ada dan kita masih ada perasaan bersyukur tentang setiap kejadian berlaku, IA tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Banyakkan doa semoga dapat jodoh yang baik-baik. Banyakkan menadah tangan agar semua yang dirancang berjalan dengan baik.

Sekalipun apa yang terjadi tak seperti yang dirancang, bersangka baiklah. Sesungguhnya DIA ada petunjuk disebalik semmua kejadian. Berfikir dari sudut positif. Mungkin ada yang lebih ‘senior’ dari ai dan juga belum berumahtangga. Siapa tahu sebenarnya, ALLAH mahukan kamu lebih mengabdikan diri dengan keluarga, mahu kita lebih rapat dengan ibu bapa & adik-beradik, mahu kita lebih menyayangi diri sendiri sebelum sayangi orang lain. Siapa tahu jodohmu dengan orang bukan marhaen. (Err Khayalan.. Haha).

Tak bersyukurkah, awak-awak yang bujang tu, nak pergi mana-mana senang je, tak payah report & minta kebenaran suami bagai (Tapi kena bagitahu parents juga.. Ekeeke). Tak bersyukurkah, duit gajimu boleh beli apa sahaja ikut sesuka hati (Err.. Jangan lupa bagi parents). Tak bersyukurkah tak payah pening-pening pikir suami nak makan apa dan jaga hati suami bila keluar dengan kengkawan. Eh!

Tapi bila buat benda-benda tu, setiap kali balik kampung, jumpa sedara, jumpa makcik-makcik sendiri, jumpa makcik-makcik & pakcik-pakcik jiran rumah makcik engko, mak yang pangkat nenek sebelah kampung, lemah longlai juga hati ai bila soalan-soalan sewaktu dengannya menjadi mukadimah perbualan. Haihh. Lepas salam tangan, eksyen minah solehah tunduk cium tangan sekali, rasa-rasanya hilang juga ke-sabar-an kan bila soalan berkaitan perkahwinan menjadi top question. Nak tahu tak, kenapa ai suka duduk rumah sendirian layan channel sukan dan Running Man. Sebab bila balik kampung je, tak kira time kenduri kendara, time raya, posa, lagi-lagi cousin kahwin, jiwa ai mesti kacau punya. Pasal soalan-soalan ni lah. Rimaslah mak jemah. Rasa-rasa nak juga soal balik ‘makcik dan pakcik bila nak cerai?’ atau ‘ anak makcik yang si polan tu bila nak cerai dengan isteri dia eh?’ erk! Sudahnya jadi kes lempang melempang. Pergaduhan. Kejam pula kan. So, jawapan standard ai, ‘BELUM LAGI’ sambil berikan senyuman paling manis. Fake.

Tapi kan, untuk kita yang masih bujang ni. Tak boleh juga kan terlampau duduk kat rumah. Layan channel sukan dan Running Man saja (Ehh. Macam aku pulak.. Contoh! πŸ˜‰ ). Sebab, kalau asyik dok terperuk kat rumah, bila masanya nak jumpa jodoh. Bila masanya bertemu dengan si polan dan si polan. Rumusannya, jangan stay sangat depan tibi tuh! Ada masa pergilah beriadah/ membuang masa yang bersepah tu. Siapa tahu masa dekat pasar raya, nak ambik tepung, tetiba ada tangan macho juga ambik tepung, dah boleh tukar-tukar senyuman dan berkenalan. Siapa tahu masa parking kereta, ada mamat langgar kereta engko. Dah boleh tukar-tukar nombor telepon. Taktik menjadi, sampai pulak ke jinjang pelamin. Siapa tahu, masa awak tengah jogging dan kepenatan, ada pula mamat yang hulurkan bantuan dengan memberi sebotol air. Dah boleh ajak jumpa sekali lagi untuk balas budi. Eseh! Best je kan bila fikir-fikir benda macam tu. (Dah, dah. Tu angan-angan memanjang! Ekeekee)

Dijadikan cerita (Pulak, mukaddimah memanjang oooiii, haha), cousin ai yang bertunang 3 bulan lepas tu dah nak melangsungkan pernikahan dan persandingan hujung bulan ni. Umur dia? For sure-lah lagi muda dari hakak ni. But, jodoh dah sampai, seru dah panggil. Nak lambat-lambat apa lagi kan. Langsungkan ajalah. Dah tu, next weekend pula, taraf anak buah ai pulak menamatkan zaman solonya. Dengan orang Malaya. Dah study bertahun-tahun di negeri orang. Tak jumpa jodoh tak tahulah aku. Umur? Hah, ini lagi muda. Takpelah. Nak tahan apa, dah lelaki mampu nak sara, berdualah. Ye dak! Aku sebagai akak sepupu dan makcik sepupu mendoakan langkah yang korang pilih kekal sampai bila-bila. Amin.

Dan cerita kahwin aku, aku serahkan pada DIA. Ada sebab kenapa aku belum bertemu ‘si dia’. Hanya ALLAH yang tahu. Mungkin aku belum bersedia berdua, berkomitmen, membahagi-bahagi kasih. Hanya ALLAH yang tahu. Namun, doaku, semoga jodoh yang akan aku temui bisa menerima aku seadanya, bisa memberi kasih & sayang yang cukup, bisa membimbing aku ke jalan yang benar. Bukankah ‘si dia’ sudah tertulis untukku?? Cumanya samada lambat dan cepat sahaja. Wallahu’alam.

cropped-photogrid_1424922477397-1.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s