2 setahun sekali. Itulah perkara yang berlaku kepada kami 1 jabatan minggu lepas. Apa yang 2 tahun sekali sangat ni? Eheehee.. Sebenarnya, 2 tahun sekali Jabatan kami akan menganjurkan sukan, atau lebih dikenali di kalangan kami Seminar Kecergasan. Very the modern-kan. Cergas sangat! Haha. Ia berlangsung pada 17 – 22 Mei 2015 lepas bertempat di Institut Pertanian Timbang Menggaris, Kota Belud.
So, 2 tahun sekali yang lalu adalah pada tahun 2013, dan tiba masanya untuk tahun ni penganjuran Seminar Kecergasan Jabatan Kali ke-9. Seronok bila adanya seminar seperti ini, dapat berkumpul beramai-ramai, dapat mengeratkan tali silaturrahim dan yang paling best dapat berkenal-kenalan dengan staff dari daerah berbeza. Seminar ini, ia disertai daripada 6 zon: Zon Kota Kinabalu (Zon kami lettew!), Zon Selatan, Zon Utara, Zon Pedalaman, Zon Sandakan dan Zon Tawau.
Setiap kontinjen hanya dibenarkan untuk menghantar 60 orang ahli untuk bersukan semasa penganjuran seminar tersebut. So, ada ahli kontinjen yang menyertai lebih dari 1 sukan. Contohnya aku, ikut Netball (Favorite ni) dan bola tampar. Ada juga ahli kontinjen kami, sapu habis, semua sukan dia main. Hehe.. Taktau badan tahan jenis apa ni. Tak cedera-cedera pulak tu.. Tabik!
Sukan-sukan semasa Seminar Kecergasan ini, adalah:
- Futsal (Lelaki dan Wanita)
- Bola Tampar (Lelaki dan Wanita)
- Pingpong (Lelaki dan Wanita)
- Badminton (Lelaki dan Wanita)
- Bola Jaring
- Bola Sepak
- Sepak Takraw
- Dart
- Larian Hijau
Tapi kan, dalam banyak-banyak hal yang berlangsung semasa seminar ni, 1 yang menarik perhatian aku sebagai bujangan ni, dapat tengok-tengok jejaka fit bersukan. Errr. Tengok yang bujang je la, ok! π Gedik ke? A’ah kan, alahh bukan selalu. Haha.
Layan gambar yang tak seberapa ni:





Dan aktiviti last aku ikut adalah Larian Hijau. Larian ni, kena harungi sejauh 5 km. Perjalanan bukan jalan rata okay, jalan turun naik bukit. Acara bermula seawal 7:20 pagi. Aku tak leh lah nak lari sakan, lemah lutut dekkk. So dengan sukacitanya aku hanya berjalan sejauh 5 km tersebut. Kami berempat, meredah jalan seperti yang tidak berpenghujung. Tapi yang best sangat, penat lelah terasa hanya pada 15 min awal sahaja. Lepas tu, dah tak terasa penat. Sepanjang berjalan mulut tak henti bercerita, tak henti buat lawak, tak henti ketawa. Sudahnya, sampai juga dalam keadaan tidak penat extreme. Eheee. Tengah menuju ke garisan penamat tu, siap berpegangan tangan lagi kami berempat, mengada sangat. Nasiblah terjumpa kawan best semasa mengikuti perlarian hijau tersebut. π Masa sampai tu, kena register balik, rasanya kami wanita terakhir yang sampai, tapi kira not bad jugalah, sebab akhirnya sampai, dari ada sesetengah orang tak habiskan acara pun, sampai tengah perjalanan minta kereta ambik. Tak aci ke, tak fit??? π

Sudahnya, zon kami dan Zon Utara dinobatkan sebagai Juara Bersama, disebabkan kedua-dua zon memenangi bilangan pingat yang sama. 4 Emas dan 2 Perak.

Zon Kota Kinabalu:
- Futsal (Lelaki dan Wanita) – Emas
- Tennis – Emas
- Pingpong Lelaki – Emas
- Bola Jaring – Perak
- Pingpong Wanita – Perak
Zon Utara:
- Bola Tampar (Lelaki dan Perempuan)- Emas
- Bola Jaring – Emas
- Pingpong Wanita – Emas
- Badminton Wanita – Perak
- Futsal Wanita – Perak
Sebelum kisah SKDOA 2015 berlabuh, here some randomly pictures for you all..







Demikianlah, kisah Seminar Kecergasan DOA yang diadakan 2 tahun sekali. Semoga kita berjumpa lagi di 2 tahun akan datang.. Seminar Kecergasan DOA kali ke-10 2017. Daaaaaa