Melissa

Melissa terkejut dengan tindakan Fathul. Bukan ini yang dimahukannya. Bukan. Bukan ini. Fathul mengambil tindakan untuk memutuskan hubungan. Saat dia yakin hati ini hanya untuk satu-satunya jejaka itu, Fathul pula memberi khabaran buruk pada dirinya. 

‘Liss, I tak dapat nak teruskan. Sorry’ Sorry? Hanya itu? Fathul! Dari perasaan sedih, Melissa berasa geram dengan kemahuan Fathul.

It’s okey, kalau itu yang you nak, I setuju’ Bukan masanya dia mahu memujuk dan merayu Fathul. Nekad. Dia takkan meminta hubungan ini diteruskan lagi. Kecewa dengan sikap ‘tidak berperasaan’ kekasihnya itu, eh bukan, bekas kekasihnya. Secara rasmi.

Melissa berlalu pergi. Meninggalkan lelaki itu. Malas mahu memikirkan sebab Fathul mahukan hubungan yang telah 3 tahun terbina tidak sampai ke penghujungnya. Melissa Maureen tidak mahu langsung ada kaitan dengan Fathul lagi.

Setahun berlalu. 

‘Nabila?’ Melissa terserempak dengan Nabila di pusat membeli belah Giant. Nabila merupakan antara sahabatnya ketika di universiti dahulu. Dia memandang Nabila, atas hingga ke bawah. ‘Pregnant? Alhamdulillah, anak ke berapa? Kahwin tak jemput pun.’ Kegembiraan jelas terpancar di wajah mulus Melissa.

‘Mel! Eh, Hai! Dengan siapa? Err… Ya, pregnant, first baby‘ Nabila menjawab acuh tak acuh. Macam tak suka je. Bisik hati Melissa.

‘Yup, sendiri. Sorang je? Suami mana? Takkan la dah memboyot macam ni shopping sorang-sorang’ Melissa teringin untuk melihat jejaka yang bertakhta di hati sahabatnya ini.

‘Err…’ Nabila ragu-ragu untuk menjawab.

‘Sayang, dah ambil tak barang-barang tu? Kalau dah jom gerak’ Suara di belakang Melissa. Eh tapi, suara itu. Dia kenal sangat suara itu. Kemudian Melissa berpaling. Hanya untuk memastikan pemilik suara tersebut.

Sah dia. 

Setahun yang lalu hubungan diputuskan tanpa sebab. Mengandung anak pertama? Pertemuan yang tidak disenangi?

Oh, thank you Fathul and Nabila.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Gungrahyogi13.wordpress.com

Yang Muda Yang Berkarya

Rossdowsen

Ini Kisah Berjalan

MY Visit Jeju

JEJU, PULAU UNTUK ANDA TEROKAI!

ohperjalananku

My journey

Blookup Blog

Turn and print all your digital contents, blogs and social networks into amazing real paper books on blookup.com

Love, Yer Sarsey

"When you accept yourself, the whole world accepts you." - Lao Tzu

SCHMOLPHIN TRAVELS & LINGERS

WHERE THE SOUL LINGERS…

schmolphin

from the eyes of Lia schmolphin...

%d bloggers like this: