Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. π
(Previous Entry, Click – E-Day Cousin.. )
Minggu lepas adalah minggu panjang bercuti.. Ya tak?? CNY jatuh pada 19 & 20 Feb (Khamis & Jumaat), so 4 hari bermalas-malasan di rumah.. Best tak? Gila tak!!!! Bagi kita-kita yang bekerja pejabat ni, cuti macam tu la yang diimpikan selalu.. Ehehee.. Al-kisahnya jumaat lepas saya mencuba buat seperti tajuk di atas tu.. Very the English sangat kan.. π
Nak kongsi resepi? Jom..
Bahan-Bahan
- 3 cawan tepung gandum*
- 4 sudu kecil baking powder*
- 1/2 sudu teh garam*
- 1 buku butter atau 250 gm mentega
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 1/2 cawan susu segar
- 5 biji putih telur suhu bilik
- 2 sudu teh esen vanilla
* pewarna (pilihlah warna kesukaan, tapi lebih baik warna pelangi, nama pun ‘Rainbow cake’ kan) π
Cara-cara
- Panaskan oven lebih kurang 15 minit dengan suhu 170c
- Ayak semua bahan yang bertanda *
- Pukul butter dan gula hingga kembang, putih
- Masukkan putih telur dan pukul hingga gebu
- Masukkan esen, pukul hingga sebati
- Masukkan bahan diayak* tadi berselang seli dengan susu segar, piul dengan perlahan setiap kali dimasukkan
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian or ikut kesukaan masing-masing nak berapa warna, dan masukkan bahan pewarna kacau hingga sebati. Kat sini saya cuma dapat buat 4 color, sebab salah percatuan. Haha
- Masukkan satu bahagia dalam loyang yang berseseuaian yang dialas dan digris.
- Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 170
- Ulang hingga adunan habis.
Untuk setiap layer, boleh letak fresh cream je, pukul kental fresh cream kemudian sapu di setiap layer.
Topping luar plak :
-1 buku cheese cream + 1 cawan gula aising + 1/2 cawan butter.. Pukul hingga kembang dan sapu pada keseluruhan kek.. Pandai-pandailah deco lepas tu.
Tapi kat sini, di setiap layer saya letak cheese cream juga. Sebab tak terbeli fresh cream.. Eeheheehe… Tetap marvelous! π
Adunan ni, saya potong dua, just nak test buat kecik-kecik. So dapatlah buat 3 set bentuk empat segi tepat.. Bolehlah… Dan-dan, esoknya cousin datang, nak rasa. Dan, dan terus bagi dia balik bagi kat bebudak kat rumah dia.. π

* Errr… This June, niece I nak kahwin, then bila nampak kek ni, dia nak saya buatkan dia kek.. Cousin pun nak juga untuk makan-makan time kenduri kahwin dia.. So? Saya terima!! π
Salam sayang dari saya…