Kembara · Vietnam

Hari Ketiga di Vietnam..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera πŸ™‚

(Previous entry, click – Hari Kedua di Vietnam.. )

Tujuan kami datang sini sebenarnya memang nak memborong kain sebanyak-banyaknya.. Tak kisahlah sama ada pasang siap or kain ela. So, hari ketiga misi pencarian kain diteruskan di sekitar Ben Tanh. Kami tak pergi mana-mana pun pusat pelancongan, atas sebab mahu habiskan duit ke jalan yang disukai.. Ahaks! 1/2 wang yang dibawa sudah dibelanjakan. Bagi aku hari ni, jalan-jalan, beli souvenir sikit, perkara wajib beli walau di mana-mana baju yang bergambar I Love... Kalau ke Vietnam semestinyalah kan “I Love Vietnam” gituu.. Haha. Dan juga membelikan barang kiriman dari kawan-kawan.. Ada yang nak deuter bag, telekung dan baju pasang siap. So, hari ini.. Pusing-pusing Ben Tanh yang entah ke berapa kali.

Hari ini lambat sikit geraknya. Habiskan masa tengok siaran di televisyen yang bahasa tak di fahami. Lagipun nak gerak awal nak ke mana juga, bawah tu je kot shopping area.. Ekeekekeee.. Misi kak Mas nak sambung beli baju-baju untuk anak buah dia yang raamai tu.. So aku tolong dia apa yang patut.. πŸ˜‰

Semalam Kak Mas ada belikan baju untuk anak buah dia, dah sampai hotel, Kak Mas rasa baju-baju tu macam tak muat, so hari ni plan tukar baju tu kat kedai tempat yang kami beli. Agak cuak juga nak tukar, yelah takut penjual tu tak kasi kan.. Try our best – lah.. Alhamdulillah.. Berjalan lancar urusan pertukaran. Yang penting you all kena ingat kedai yang mana satu.

Di blog-blog juga ada mention, jangan nak bargain sangat kat penjual area sini kalau tak berminat nak beli atau masih dua hati. Hah! Ini naya, kalau awak nak beli, bargain la sehabis daya yang mampu. Kalau berperasaan kurang berminat, tengok je. Jangan gatal hati nak bargain bagai. Siaplah korang, dari tak nak beli dah satu hal kena paksa jadi hak milik.. Ekekekekeee… Nasiblah kami tak kena kat sana.. Sebab kami kan bijak. Gitewww!

Satu hal lagi, jangan risau, kat sini ramai penjual yang tahu berbahasa malaysia, dan tak payah sangatlah nak tukar duit RM ke Vietnam Dong. Sebab urusan jual beli sangat senang menggunakan RM. Tukar pun khas untuk tambang teksi je kot..

20141031133745
Kalau dari Hotel Pink Saigon 2, terus je ke kiri. Anda akan nampak bangunan ni.. Banyak kedai dalam tu.. shopping sangatlah you all..
20141031133752
Hari pertama tukar duit dari RM ke Dong kat sini. Sebelum kami blah orang kedai cakap “See you tomorrow“. Eheheheee. Benarlah katanya.. Jumpa pulak keesokkan harinya.. πŸ˜‰
20141031133903
Pintu masuk sebelah kiri Ben Tanh..
20141031133852
Pintu masuk.
20141031135222
Bergambar berlatar belakangkan roundabout yang ada patung pahlawan naik kuda.. Ekekeeekee
20141031135423
Belanja 1!!! Tangan tu memang macam tulah.. Ops! Memang panas..
IMG-20141031-WA0013
Sempat rembat telekung lagi.. Ini kedai hotel area ja. Banyak sangat kedai yang sewaktu dengannya, ada kedai sampai teruja tengok kain, dah tak hengat nak ambik gambar.. Haha
20141031141905
Selepas berlegar-legar tak tau nak jalan mana lagi.. Panas betul. Yang ni bergambar depan hotel..
20141031141857
Tu Kedai Makan Hajah Basiroh tengah renovation. Kami makan kat kedai dia sebelah hotel je.. Banyak kedai makan halal area ni.. Kedai Nhu Y tu tempat kami beli baju-baju ‘I Love Vietnam‘ dan yang sewaktu dengannya.. Tak mesra alam penjualnya. Beli banyak pun tak senyum..
20141031201006
Malam terakhir di Vietnam sangat meriah.. Eh eh meriah ke?? Masa ni banyak sangat motor, penunggang memakai topeng atau muka di make up ala-ala gothic. Tak silap sebab malam tu Halloween Night?? Hahaha..
20141031201018
Tak menyempat-menyempat nak gambar dengan proper si penunggang. Laju sangat bonceng motor laju-laju.. Haihhhh
20141031201123
Tengah aku gambar keadaan motor yang maha banyak tu, nampak tak hakak yang baju stripe hitam putih tu.. Dia kata, ‘jangan gambar bahaya, nanti your phone kena ambik’.. Oh okay.. terus ai masukkan HP dalam beg.. Tak lama macam tu.. Black out kat area pasar ni.. Punyalah cemas, masing-masing pegang bag, stay kat kedai yang punya lampu.. Haihhh..
IMG-20141030-WA0084
Model tangan Kak Mas..
IMG-20141030-WA0082
Harga Bag Deuter (Entahlah betul tak ejaan tu.. haha) dalam RM35 macam tu.. Dia tanak bagi kurang lagii. Jual kat tepi-tepi jalan atas motor.. Lama kot cari benda ni.. #Pesanankawan

Malam tu sempat tambah koleksi kasut.. πŸ˜‰ Sekian malam Halloween kat Vietnam..

PhotoGrid_1424922477397-1
Thanks for reading this entry.

One thought on “Hari Ketiga di Vietnam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s