Assalamualaikum.. Salam sejahtera 🙂
(Previous entry, click – Hari Kedua di Vietnam.. )
Tujuan kami datang sini sebenarnya memang nak memborong kain sebanyak-banyaknya.. Tak kisahlah sama ada pasang siap or kain ela. So, hari ketiga misi pencarian kain diteruskan di sekitar Ben Tanh. Kami tak pergi mana-mana pun pusat pelancongan, atas sebab mahu habiskan duit ke jalan yang disukai.. Ahaks! 1/2 wang yang dibawa sudah dibelanjakan. Bagi aku hari ni, jalan-jalan, beli souvenir sikit, perkara wajib beli walau di mana-mana baju yang bergambar I Love... Kalau ke Vietnam semestinyalah kan “I Love Vietnam” gituu.. Haha. Dan juga membelikan barang kiriman dari kawan-kawan.. Ada yang nak deuter bag, telekung dan baju pasang siap. So, hari ini.. Pusing-pusing Ben Tanh yang entah ke berapa kali.
Hari ini lambat sikit geraknya. Habiskan masa tengok siaran di televisyen yang bahasa tak di fahami. Lagipun nak gerak awal nak ke mana juga, bawah tu je kot shopping area.. Ekeekekeee.. Misi kak Mas nak sambung beli baju-baju untuk anak buah dia yang raamai tu.. So aku tolong dia apa yang patut.. 😉
Semalam Kak Mas ada belikan baju untuk anak buah dia, dah sampai hotel, Kak Mas rasa baju-baju tu macam tak muat, so hari ni plan tukar baju tu kat kedai tempat yang kami beli. Agak cuak juga nak tukar, yelah takut penjual tu tak kasi kan.. Try our best – lah.. Alhamdulillah.. Berjalan lancar urusan pertukaran. Yang penting you all kena ingat kedai yang mana satu.
Di blog-blog juga ada mention, jangan nak bargain sangat kat penjual area sini kalau tak berminat nak beli atau masih dua hati. Hah! Ini naya, kalau awak nak beli, bargain la sehabis daya yang mampu. Kalau berperasaan kurang berminat, tengok je. Jangan gatal hati nak bargain bagai. Siaplah korang, dari tak nak beli dah satu hal kena paksa jadi hak milik.. Ekekekekeee… Nasiblah kami tak kena kat sana.. Sebab kami kan bijak. Gitewww!
Satu hal lagi, jangan risau, kat sini ramai penjual yang tahu berbahasa malaysia, dan tak payah sangatlah nak tukar duit RM ke Vietnam Dong. Sebab urusan jual beli sangat senang menggunakan RM. Tukar pun khas untuk tambang teksi je kot..














Malam tu sempat tambah koleksi kasut.. 😉 Sekian malam Halloween kat Vietnam..
