Semalaman fikir tentang tempat nak borong kain.. Ben Tanh? Emm tak lah.. Plan dengan kak Masteka nak pegi Ben Thay. Sebab ramai blogger bagi info kat situ banyak pilihan kain dan murah-murah. Hari kedua, jam 7 dah terpacak di lobi hotel. Nak minta staff hotel cakap kat pak teksi nak pegi Ben Thay. Alih-alih staff hotel tu, suggest kami pergi wholesale kawan dia. Eh, sukahati budak ni, bisik hati ai.. Tapi kami pergi juga tempat yang kena suggest tu. hikhik.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.. So harga tambang teksi boleh tahan jugalah.. 😀
Kebanyakkan kedai tak buka lagi jam 7. Dalam 9 macam tu baru banyak kedai yang buka. Malas nak naik bilik lagi, kami stay kat lobi hotel sambil layan internet dan tunggu pak teksi.Di sini, motor sememangnya pengakutan utama. Sangat banyak motorsikal. Sangat! I mean it. Tak kira lelaki perempuan, tua muda semua guna motorsikal.Maaflah, tak sempat menyempat nak gambar muka depan Kedai.. Haha.. terus-teruslah you all layan gambar kain yang melambak.Baju budak ni, dalam RM30 sepasang.RM60 sepasang.Kalau kat Malaysia, ini baju kurung pahang. RM30/sepasang.Tak silap dalam RM100.
RM50 tak silap..Telekung Lycra untuk budak.. RM25/ sepasang.Telekung Lycra dewasa, RM30/ sepasang.. Murah tak???? Ini ai ambik, untuk mak and adik-adik sekali.. Sedondon lah raya tahun ni.. ahaks!Nampak tak kain yang berlambak-lambak tu.. Hasil tangkapan hari ini.. heheee.. Tu punnn tak cukup lagiii tu..Ini antara kain cotton milik peribadi. Tak cantik? Alah.. Manis je kat mata ai.
Kat kedai tu, saya tak ambik jubah, belikan untuk mak, makcik, dan makcik sahaja. Sebab, kalau jubah-jubah ni, saya lebih berkenan dengan jubah Malaysia.. 😀 Kat situ dapat, beli berpasang-pasang baju kurung pasang siap.. Puas hati dengan hasil hari ni, kami blah.. Urusan jual beli saya gunakan RM, kak Masteka guna Dong..
Balik hotel rehat, petang tak keluar langsung. Sebab nak jalan kat pasar malam.. Agak best juga pasar malam kat situ, banyak barang murah.. Tapi perlu diingat.. Kat area Ben Tanh ni, saya nasihatkan buat abam-abam takyah nak excited sangat. Sebab barang keperluan lelaki agak kureng sikit.. Kalau hakak-hakak.. Hahh.. Pegilahh.. Sokong sangat..
Agenda membeli belah diteruskan pada waktu malam.. Tapi sebelum melaburkan wang ke jalan yang disukai.. Makan dululah yaaa…
Okeh menu hari ini, Kue Teow Goreng + Kopi Panas + Sup (minta sendiri, ingat ko kat Malaysia nak ber-sup-sup) *lepas minta baru rasa pelik* eheheehee. Harga lupa, Haha! Sedikit komen, Kue Teow goreng tu taklah sesedap Kue Teow kita.. Haihhh Hujan Emas Negeri Orang Hujan Batu Negeri Sendiri sangat.. 😉
Lepas makan.. Jalan-jalan..
Itu sebab lampu motor. Masa aku nak ambik gambar ni pula dia nak lalu..
Kebanyakkan kedai di pasar malam ni, kedai yang pakaian dalam Ben Tanh juga..
One thought on “Hari Kedua di Vietnam..”