Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. 🙂
(Previous entry, click – Pertama Kali ke Vietnam.. )
Semalaman fikir tentang tempat nak borong kain.. Ben Tanh? Emm tak lah.. Plan dengan kak Masteka nak pegi Ben Thay. Sebab ramai blogger bagi info kat situ banyak pilihan kain dan murah-murah. Hari kedua, jam 7 dah terpacak di lobi hotel. Nak minta staff hotel cakap kat pak teksi nak pegi Ben Thay. Alih-alih staff hotel tu, suggest kami pergi wholesale kawan dia. Eh, sukahati budak ni, bisik hati ai.. Tapi kami pergi juga tempat yang kena suggest tu. hikhik.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.. So harga tambang teksi boleh tahan jugalah.. 😀












Kat kedai tu, saya tak ambik jubah, belikan untuk mak, makcik, dan makcik sahaja. Sebab, kalau jubah-jubah ni, saya lebih berkenan dengan jubah Malaysia.. 😀 Kat situ dapat, beli berpasang-pasang baju kurung pasang siap.. Puas hati dengan hasil hari ni, kami blah.. Urusan jual beli saya gunakan RM, kak Masteka guna Dong..
Balik hotel rehat, petang tak keluar langsung. Sebab nak jalan kat pasar malam.. Agak best juga pasar malam kat situ, banyak barang murah.. Tapi perlu diingat.. Kat area Ben Tanh ni, saya nasihatkan buat abam-abam takyah nak excited sangat. Sebab barang keperluan lelaki agak kureng sikit.. Kalau hakak-hakak.. Hahh.. Pegilahh.. Sokong sangat..
Agenda membeli belah diteruskan pada waktu malam.. Tapi sebelum melaburkan wang ke jalan yang disukai.. Makan dululah yaaa…

Lepas makan.. Jalan-jalan..


Sekianlah, malam kedua di Vietnam..
