Kembara · Vietnam

Pertama kali ke Vietnam!

Assalamualaikum.. πŸ™‚

(Previous Entry, click – Part 12: Musim Panas di Seoul..)

Kali ni entry nak cerita pergi Vietnam hujung bulan Oktober tahun lepas. Percutian bermula dari 29 Oktober hingga 01 November 2014 (4 hari 3 malam). Walau bagaimanapun berlepas ke KL pada malam 28hb Oktober. Bermalam di KLIA2 sahaja sebab pada keesokannya penerbangan ke Ho Chi Min City adalah seawal pagi pada jam 8. Kali ini percutian bersama dengan Kak Masteka. Rakan sekerja, a.k.a BFF katanya..

20141028082708
At LCCT KK, menunggu dan menunggu… Muka happy kannn?? Excited nak borong kain kot.. Ehehee..

Sampai KLIA2 lebih kurang dalam jam 12 malam dah, sampai dalam keadaan kepenatan dan kelaparan.. Lepas ambik barang, cari tempat makan, selesai makan beli bekalan makanan untuk di bawa ke Vietnam dan terus gerak ke surau KLIA2.. Bertiduran sekejap kat situ. shhhhh. Hehe. Bangun Subuh.. Siap-siap dan gerak ke balai pelepasan..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 55 minit. Perjalanan KK ke KL lagi lama kan?

Kami dijangka tiba di Tan Son Nhat International Airport jam 8:55 pagi. Jangan hairan, kat Vietnam lambat sejam dari waktu Malaysia. So, kalau waktu Malaysia sepatutnya sampai 9:55 pagi.

20141029064626
Tunggu fly lagi.. Tak ada benda nak gambar.. Saja nak bagitau yang I sayang sangat kasut ni!! Semoga umur u bersamaku berpanjangan.. πŸ˜‰
20141029073507
Pagi di lapangan..
20141029092705
Indahnya ciptaan Allah.. Bertuahnya dapat ambik gambar macam ni.. πŸ™‚

Masa nak mendarat kat Tan Son Nhat International Airport, crew cabin buat pengumuman yang kapal tak boleh nak mendarat masa tu, ini disebabkan tentera Vietnam menggunakan lapangan tersebut untuk membuat latihan, latihan tentang apa.. Entahlahhh. Heee.. So, rasanya kapal kami berlegar-legar kot kat ruang udara.. Kami mendarat sekitar jam 9:30 pagi tak silap.. Yeayyy teruja!.. Alhamdulillah..

20141029103219
Muka penat baru sampai Airport
20141029103234
Sorrylah.. peace tu tak boleh nak blahhhhhh
20141029103503
Dari ramai orang, sampai tak ada orang.. Terkedu tak tau nak buat apa, blur sekejap.. Hehe. Then nampak makcik and anak-anaknya beli simkad kat kedai yang signboard biru tu.. Kami pun turut la membelinya.. 290k dong (Call & internet) Bolehlah kan..Mahal? ya. Untuk 4 hari sahaja. Rasanya tak penting pun, kalau nak beli, beli. Kalau tak nak terpulang. Tapi bagi kami atas rasa keselamatan dan waspada, kami buat keputusan untuk beli simkad Vietnam bagi memudahkan urusan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diinginkan.. Bijak tak?? Eh!
IMG-20141029-WA0004
Beli simkad. Diorang akan pasang terus dan setting… Don’t worry pekerja kedai boleh berbahasa Inggeris.
20141029103620
Tengah duduk-duduk tunggu turn nak beli simkad, Kak Mas bagitau yang beg dia rosak. Tak sangka terjadi pada kami pulak. Sebelum-sebelum ni pernah baca kat blog yang luggage bag kena wrap atas sebab ni la.. Tak hairan juga kalau nak buang bag tu, tapi cara diorang buang kasar kot.. Haihhhh..
IMG-20141029-WA0014
Tunggu teksi kat luar.. Kalau nak naik bas pegi belah kanan dari pintu keluar. Kami tak berani nak naik bas, takut sesat. So, atas rasa nak selamat lagipun ini merupakan first time datang sini, kami buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Syarikat teksi kami gunakan adalah Vinasun! Inipun atas saranan blogger. Alhamdulillah sepanjang kami di sana, pemandu teksi ni baik-baik belaka. Cuma yang tak best,diorang tak pandai cakap bahasa Inggeris..Hmm. Oh ya, teksi pergi belah kiri yeee.. Setiap teksi ada yang jagakan, so cakap je nak naik Teksi Vinasun. Diorang akan arrange you punya turn.

20141029112809

20141029113149
Tempat letak motor, seluas-luas kawasan.. Terkesima aii
20141029113235
Muka tak cukup tidur.. Letih wehh
20141029113221
Motor di sana sini.

Di sini kami stay di Pink Saigon 2 area Ben Tanh. Tempahan dibuat melalui Agoda.Com. Kadar harga dalam RM90++/ malam. Okaylah.. kannn? Perjalanan dari airport ke Ben Tanh lebih kurang 20-30 minit. Tak lama..

Usai urusan check in segala, letak barang then cari makan kat bawah. Area Ben Tanh jangan risau, makanan halal banyak sangat.. Untuk hari pertama, kami makan di Kedai Makan Hajah Basiroh. Err.. Memang banyak sangat blogger sarankan makan di kedai ni. So kami pun tak lah terkecuali untuk mencuba, lagipun hasil survey, Kedai Makan Hajah Basiroh ni murah dari yang lain-lain. πŸ™‚

20141029125331
Menu pertama di Vietnam. Mee ni dipanggil ‘Pou/ Pho’. Entahlah.. Suka hati nak guna yang mana… Makanan ni ala-ala bakso daging, mee tukar ke Kue Teow. Dihidang bersama ulam dan sambal goreng. Aduhaiiii.. Sambal terus menusuk ke otak pedasnya..Boleh tahan! Order bersama kopi susu. Kata orang tak sah ke Vietnam kalau tak minum kopi and makan Pho. So complete-lah menu kegemaran ramai ini di hari pertama. Harga sehidangan Pho, RM10, dan segelas kopi RM3.30.

Lepas makan, kami terus balik ke hotel bersihkan diri dan lakukan perkara wajib. Ingatkan nak lelap seketika, rupanya tertidur hingga lewat petang. Dan sebelah malam kata mereka ada pasar malam di area ni. Dan kami pun cubalah berjalan-jalan di kawasab sekitar. Mula-mula ingatkan nak window shopping, jalan punya jalan punya jalan, alih-alih hujan lebat.. Apalagi lari semahu-mahunya balik hotel.. πŸ˜‰ Arrgghhh stress. Haha

IMG-20141029-WA0033
Balik hotel nampak ni, akak-akak dan makcik-makcik ni dah setel beli barang. Balik awal pun mungkin disebabkan hujan.. Haiii jelessss.. Haha. Nampak tak timbangan tu, kat sini, rata-rata hotel sediakan timbangan untuk penghuni hotel boleh menimbang hasil belian.. πŸ˜€

Sekianlah untuk hari pertama kami di Vietnam.. Thank you!

PhotoGrid_1424922477397-1
Thanks for reading this entry!

One thought on “Pertama kali ke Vietnam!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s