Part 2: Musim Panas di Seoul

Assalamualaikum. 🙂

(Previous Entry, click – Part 1: Musim Panas di Seoul)

Hari kedua di Seoul, dimulakan dengans sembahyang subuh. Kali ni solat di dalam sahaja. Tak ramai orang. Ada juga mata-mata pelik memandang. Alah biasa-biasakanlah diri anda kalau dah datang tempat orang. Memang macam tu lah. 🙂

Rehat-rehat jap, tunggu mentari mula memunculkan dirinya. Cuba-cubalah nak cari angin kat luar. Boleh tahan jugalah sejuk. Tapi taklah sejuk sangat, jangan nak auta! 😉 Jalan-jalan sekitar kawasan luar bangunan ngan Amal.

Dalam nak dekat-dekat jam 6, Amal and Anis minta diri ke balai berlepas. Selepas bertukar number HP, berpesan-pesan dan bergambar, Amal bagi sim card Korea kat aku. Katanya ada KRW30K kat dalam tu. Tolak tambah tukar ke RM dalam RM90++. Banyak ni.. First thing first di fikiran, ‘kena call mak, yes!’. 2, 3 kali juga call, tapi tak berjawab. Mesti pelik dengan number ni.. hehe. Dapat jugalah cakap dalam 5-15 minit. I am happy lady!

w amal n anis

Screenshot_2015-02-15-11-23-04-1
Masa menunggu, dan terus menunggu.. Lambat sangat jam ni berputar.. Ekekekeee… (Gambar ni update kat IG 😉

Setelah membuang masa lebih dari sejam, aku decided nak pegi ke arrival gate. Tengah berkemas, ada pulak  minah Korea tegur dengan berbahasa melayu versi Indon. Tak terkejut engkau. Haha. Macam tak percaya je dengan situasi tu.

Nama: Amylea. Sepanjang perbualan, aku dapat rasakan apa yang cuba Amylea sampaikan. Lagi menguatkan instinct aku, ada mamat Indon ni signal ‘X’ guna tangan kat aku. Apapun aku tak kisah sebenarnya apa niat Amylea, yang penting ikatan persahabatan terjalin. Errr okay lah kan…

1400764722909
With Amylea

Menunggu, saling bertukar nombor dengan Amy, bergambar-gambar seketika. Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Kalau dah sampai tu, maknanya akan bermulalah #travelwithouttourguide kami. Beli T Money (sejenis kad, digunakan untuk turun naik subway dan untuk urusan jual beli) dan sewa portable WiFi.

Travel mate
Kak Yanie, Suzila dan Adik Mala dah sampai.. Yeayyy!!
1411308441209
Suzila dengan pisang susunya..

Tengah rehat-rehat, kami didatangi oleh seorang lelaki sewarganegara. Kesian pulak ceritanya, datang dengan isteri nak honeymoon, tapi travel agent tak datang-datang. Kes kena tipu la tu. Alahai. Parah ni. Bukan sikit duit, RM3k ++, dan kau darab dengan dua. Mak aihh terbang macam tu je. Sampai hati kan orang tipu-tipu. Kesian. Yang kami mampu lakukan, bawa diorang stay semalam kat Guesthouse kami, then esoknya diorang balik Malaysia. Travel Agent nda dapat dikesan. Grrrrrr.. Selesai urusan beli tiket bas, masanya nak ke penginapan kami. Kami stay kat SP@ Guesthouse Itaewon. Thanks kak Yanie sebab booking tempat penginapan yang murah-murah.. 🙂

IMG-20140522-WA0024
Dengan Suzila, tayang tiket macamlah dapat cek!! Harga tiket bas dari Airport Incheon ke Itaewon KWR15,000.
DSC_2356
Tangga yang kami lalui hari-hari, tanpa gagal. Rasa fit pula masa di Seoul ni..
laluan
Lorong yang kami lalui hari-hari di Itaewon. Lorong menuju ke jalan besar..
DSC_2354
Atas tu haaa SP@ Guesthouse.. 🙂

DSC_2353

Tempat penginapan kami. Naik tangga lagi. Hahaha dan Ha! Gambar dalam bilik? Tak yah la. Ehehehe.. Imagine je, dalam bilik tu ada 2 double decker bed.

Rehat kat Guesthouse kejap, kami selesaikan apa yang patut, then Kak Yani bawa ke Yeouido Hangang Park, Seoul. Aktiviti kitaorang jalan-jalan je lah, tengok keadaan sekeliling.

10628233_961145373900755_9122475904831287093_n
Kak Yanie, Suzila dan Aiii.. Berlatar belakangkan Sungai Han..
2014522180018
Panas!
2014522173313
Sisa baki musim bunga..
berkelah
Musim panas, rilek je mak budak temankan budak-budak diorang mandi-manda di tengah-tengah taman ni..
Yoeido Park
Aktiviti Korean yang sangat-sangat santai.. Bentang tikar dan baring-baring..
1411308440344
Aku, Suzila, Ahjumma and Ahjussi: Kami berbual dengan bahasa masing-masing. Peliknya paham pulak kami Ahjumma tu kata, tak panas pakai tudung? Tapi versi isyarat tangan dan muka. Ekekekeke.. Siap pelawa kami makan keropok.. Sabar je la aii.. Err. kat sebelah Ahjussi tu, bebudak Malaysia. 🙂
1411308440074
Picture, updated kat #instagram. 🙂 Lepas berpenatan dan berpanasan, kami terus balik ke Itaewon, cari makan. Lapar weh.. Makan kat Murree Muslim Food.
IMG-20140605-WA0053
Mala, Kak Yanie & Suzilalalala..
IMG-20140612-WA0403
Dalam mulut ada makanan..
cats
Antara menu makan malam kami yang mahal. Berbaloilah, sehari semalam aku tak makan nasi..

Sekian untuk hari kedua aku di Seoul. 🙂 #hashtag trip: HerniediSeoul, Travelwithouttourguide Bahagian Tiga bila senang.. 😉

Salam sayang;

PhotoGrid_1424922477397-1

Advertisements

1 thought on “Part 2: Musim Panas di Seoul

  1. […] (Previous Entry, click – Part 2: Musim Panas di Seoul..) […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: