Seoul · South Korea · Summer Trip

Part 1: Musim Panas di Seoul

Assalamualaikum..

Agak lama juga mahu share pasal ni, sebab nda ada masa kan. Memandangkan ada waktu-waktu terluang macam ni, marilah membuat sesuatu yang berfaedah. Ehehee.. Dijadikan cerita 21 Mei hingga 1 Jun tahun lepas aku dengan rasminya telah menghabiskan duit simpanan dengan sekelip mata di Korea. T_T (Sila hantuk kepala kat bantal lapan kali).

Al-kisahnya, pemergian ini sebenarnya dirancang, namun hatiku berbelah bahagi, mahu join betul-betul atau tidak. Dengan ketekadan yang ada dan rasa membuak-buak mahu melawat kawasan, aku berkeputusan untuk menyertai trip musim panas ini.

Travel mate terdiri daripada Kak Yanie (ketua trip), Suzila dan Mala (adik kak Yanie). Sebenarnya pada saat aku kata ‘mahu join’, diorang sudah pon beli tiket penerbangan ke Seoul. So, dengan keyakinan yang ada, aku beli secara asing dari mereka.

Penerbangan dengan menaiki AirAsiaX ke Seoul adalah pada 21 Mei jam 8 pagi, dan member trip aku yang lain terbang pada 22 Mei jam 12 malam. Maknanya kami akan berjumpa di lapangan terbang Incheon pada 22hb Mei jam 8.00 pagi (lebih kurang). Kalau dikira-kira, aku sampai di Incheon airport pada 21 Mei jam 3.30 pm.

Daripada perkiraan itu, apa yang anda faham?? Okeh tak payah pikir, aku terangkan:- Aku kena bermalam di airport semalaman untuk menanti ketibaan mereka pada hari esoknya. Ehehee. Boleh jadi tugu jugaklah tunggu kengkawan 16 jam kat airport! Pergh!! Atas dasar keselamatan diri sendiri, tak ke mana-mana pon, stay kat airport like a good girl do. 😉

Just landed kat Incheon Airport memang tak ada masa nak gambar apa-apa, bukan tak excited tapi sibuk mengejar rakan penumpang ikut arah jalan. First time kannnn. Dahlah sorang-sorang, jangan buat perangai. Tangan kiri kanan pegang barang, manalah nak menyempat-nyempat ketik kamera HP. Dah tertinggal nanti, satu masalah pula. Ada juga Malaysian, namun sah-sahlah kuantitinya sedikit. Dah tu jauh sangat pulak diorang stay, takut kot akak ni tanya bukan-bukan. Hehe. Buat selamba jelah aku. Mana diorang jalan, aku  jalan. Full stop!

Habis urusan semua, keluar dari arrival gate. Aku tergaman seketika. Hello! Korea kot! Weii, Cik Hernie jejak Korea. Ahahahaha. Happy… Yang aku dengar, sibuk berbual menggunakan bahasa kebangsaan mereka. What?? Teruja lagi! Faham? Memang taklah! Haha. Yalah, kata-kata ringkas and biasa dengar okey-lah. Aneyohasayo, Kamsahamida, bla.. bla.. bla.

Aku sorong trolley pelan-pelan, carik tempat nak stay. Lapar? Gila weh tak! Semasa penerbangan KL – Seoul, aku ada beli makanan, sengaja tak habiskan untuk dimakan di dalam Incheon Airport. Bijak tak bijak!!! Hehe.

Terkebil-kebil tengok keadaan Incheon Airport yang dikatakan antara lapangan terbang ‘ter’sibuk di dunia, aku dah start rasa penat. Perasaan teruja makin pudar dek tak ada kawan nak bergosip, tak ada kawan nak jagakan bag bila nak pergi tandas, penat, lapar, mengantuk..

Argh macam-macam.. Yang buat rasa bersemangat balik, open WiFi tetiba ada signal, Yippie!!! Boleh update ngan kengkawan kat Malaysia. Malaysia la sangat. Siap chit chat ngan member trip, housemate and cousins. Sempat juga pesan bagai kat cousin cakap kat mak aku yang aku ok. Jiwa masih kosong beb. Nak direct sms ngan mak, nak call?  Tak ada maknanya, sim-card tak ada nilainya langsung kat dalam HP ni. Argh.. Dah bosan kembali, dijamahlah bread yang entah rasanya kelat dah. Kurang air weh! Bibir dah kering sangat.

IMG-20140521-WA0006
Hey panda eyes!! Haruslah edit sebab sembab gila wehhh.. Wajah kelesuan terpamer di situ.. 😦

Airport

Dalam hampir setengah jam duduk-duduk, tengok Korean berlegar dengan happy-nya. Tetiba ada sinar lalu kat depan mata. 2 orang remaja wanita, confirm sangat Malaysian. Ambik masa juga nak tegur, tapi aku dan tak tahan nak gi tandas, well.. Alhamdulillah, until ke saat ini aku still keep in touch dengan Amal.. 🙂

Happy kenal ngan diorang, Anis & Amal. Share story semasa, diorang siap bagi tips jenjalan kat Seoul, bagi sim card Korea and paling penting, diorang boleh jagakan barang aku kalau aku nak ke tandas atau nak renggangkan badan.. Thanks adek! InshaAllah kita jumpa lagi kay! Bukan mempergunakan diorang hokkay! Kan ke kita harus tolong menolong.

Memandangkan malam tu, masih ramai yang berlegar kat Airport, the best feeling I ever have, menyembah pada yang satu di bumi bukan negara Islam. Kami sembahyang kat luar bangunan sebelah (demi privasi kami dan tidak mahukan sebarang insiden berlaku kat dalam) dengan beratapkan langit Allah, SubhanAllah, indah sangat perasan. Tak pasti la diorang tengok ke tak, yang pastinya semasa dah nak siap-siap masuk dalam semula, ada juga security yang dok perhati. Cuaca masa tu agak-agak sejuk juga.

2014521205114
Lokasi tempat kami menyembah yang Satu. Alhamdulillah

So untuk malam keduanya aku tidur lagi kat Airport. Huh! Lewat juga orang beransur dari lapangan terbang ni. Sabar je la.

IMG-20140521-WA0022

Hashtag trip:  #travelwithouttourguide #HerniediSeoul  Sekian untuk Part One..

Salam sayang;

PhotoGrid_1424922477397-1

One thought on “Part 1: Musim Panas di Seoul

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s