Posted in Kembara, Vietnam

Hari Ketiga di Vietnam..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera πŸ™‚

(Previous entry, click – Hari Kedua di Vietnam.. )

Tujuan kami datang sini sebenarnya memang nak memborong kain sebanyak-banyaknya.. Tak kisahlah sama ada pasang siap or kain ela. So, hari ketiga misi pencarian kain diteruskan di sekitar Ben Tanh. Kami tak pergi mana-mana pun pusat pelancongan, atas sebab mahu habiskan duit ke jalan yang disukai.. Ahaks! 1/2 wang yang dibawa sudah dibelanjakan. Bagi aku hari ni, jalan-jalan, beli souvenir sikit, perkara wajib beli walau di mana-mana baju yang bergambar I Love... Kalau ke Vietnam semestinyalah kan “I Love Vietnam” gituu.. Haha. Dan juga membelikan barang kiriman dari kawan-kawan.. Ada yang nak deuter bag, telekung dan baju pasang siap. So, hari ini.. Pusing-pusing Ben Tanh yang entah ke berapa kali.

Hari ini lambat sikit geraknya. Habiskan masa tengok siaran di televisyen yang bahasa tak di fahami. Lagipun nak gerak awal nak ke mana juga, bawah tu je kot shopping area.. Ekeekekeee.. Misi kak Mas nak sambung beli baju-baju untuk anak buah dia yang raamai tu.. So aku tolong dia apa yang patut.. πŸ˜‰

Semalam Kak Mas ada belikan baju untuk anak buah dia, dah sampai hotel, Kak Mas rasa baju-baju tu macam tak muat, so hari ni plan tukar baju tu kat kedai tempat yang kami beli. Agak cuak juga nak tukar, yelah takut penjual tu tak kasi kan.. Try our best – lah.. Alhamdulillah.. Berjalan lancar urusan pertukaran. Yang penting you all kena ingat kedai yang mana satu.

Di blog-blog juga ada mention, jangan nak bargain sangat kat penjual area sini kalau tak berminat nak beli atau masih dua hati. Hah! Ini naya, kalau awak nak beli, bargain la sehabis daya yang mampu. Kalau berperasaan kurang berminat, tengok je. Jangan gatal hati nak bargain bagai. Siaplah korang, dari tak nak beli dah satu hal kena paksa jadi hak milik.. Ekekekekeee… Nasiblah kami tak kena kat sana.. Sebab kami kan bijak. Gitewww!

Satu hal lagi, jangan risau, kat sini ramai penjual yang tahu berbahasa malaysia, dan tak payah sangatlah nak tukar duit RM ke Vietnam Dong. Sebab urusan jual beli sangat senang menggunakan RM. Tukar pun khas untuk tambang teksi je kot..

20141031133745
Kalau dari Hotel Pink Saigon 2, terus je ke kiri. Anda akan nampak bangunan ni.. Banyak kedai dalam tu.. shopping sangatlah you all..
20141031133752
Hari pertama tukar duit dari RM ke Dong kat sini. Sebelum kami blah orang kedai cakap “See you tomorrow“. Eheheheee. Benarlah katanya.. Jumpa pulak keesokkan harinya.. πŸ˜‰
20141031133903
Pintu masuk sebelah kiri Ben Tanh..
20141031133852
Pintu masuk.
20141031135222
Bergambar berlatar belakangkan roundabout yang ada patung pahlawan naik kuda.. Ekekeeekee
20141031135423
Belanja 1!!! Tangan tu memang macam tulah.. Ops! Memang panas..
IMG-20141031-WA0013
Sempat rembat telekung lagi.. Ini kedai hotel area ja. Banyak sangat kedai yang sewaktu dengannya, ada kedai sampai teruja tengok kain, dah tak hengat nak ambik gambar.. Haha
20141031141905
Selepas berlegar-legar tak tau nak jalan mana lagi.. Panas betul. Yang ni bergambar depan hotel..
20141031141857
Tu Kedai Makan Hajah Basiroh tengah renovation. Kami makan kat kedai dia sebelah hotel je.. Banyak kedai makan halal area ni.. Kedai Nhu Y tu tempat kami beli baju-baju ‘I Love Vietnam‘ dan yang sewaktu dengannya.. Tak mesra alam penjualnya. Beli banyak pun tak senyum..
20141031201006
Malam terakhir di Vietnam sangat meriah.. Eh eh meriah ke?? Masa ni banyak sangat motor, penunggang memakai topeng atau muka di make up ala-ala gothic. Tak silap sebab malam tu Halloween Night?? Hahaha..
20141031201018
Tak menyempat-menyempat nak gambar dengan proper si penunggang. Laju sangat bonceng motor laju-laju.. Haihhhh
20141031201123
Tengah aku gambar keadaan motor yang maha banyak tu, nampak tak hakak yang baju stripe hitam putih tu.. Dia kata, ‘jangan gambar bahaya, nanti your phone kena ambik’.. Oh okay.. terus ai masukkan HP dalam beg.. Tak lama macam tu.. Black out kat area pasar ni.. Punyalah cemas, masing-masing pegang bag, stay kat kedai yang punya lampu.. Haihhh..
IMG-20141030-WA0084
Model tangan Kak Mas..
IMG-20141030-WA0082
Harga Bag Deuter (Entahlah betul tak ejaan tu.. haha) dalam RM35 macam tu.. Dia tanak bagi kurang lagii. Jual kat tepi-tepi jalan atas motor.. Lama kot cari benda ni.. #Pesanankawan

Malam tu sempat tambah koleksi kasut.. πŸ˜‰ Sekian malam Halloween kat Vietnam..

PhotoGrid_1424922477397-1
Thanks for reading this entry.
Posted in Kembara, Vietnam

Hari Kedua di Vietnam..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. πŸ™‚

(Previous entry, click – Pertama Kali ke Vietnam.. )

Semalaman fikir tentang tempat nak borong kain.. Ben Tanh? Emm tak lah.. Plan dengan kak Masteka nak pegi Ben Thay. Sebab ramai blogger bagi info kat situ banyak pilihan kain dan murah-murah. Hari kedua, jam 7 dah terpacak di lobi hotel. Nak minta staff hotel cakap kat pak teksi nak pegi Ben Thay. Alih-alih staff hotel tu, suggest kami pergi wholesale kawan dia. Eh, sukahati budak ni, bisik hati ai.. Tapi kami pergi juga tempat yang kena suggest tu. hikhik.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.. So harga tambang teksi boleh tahan jugalah.. πŸ˜€

20141030082342
Kebanyakkan kedai tak buka lagi jam 7. Dalam 9 macam tu baru banyak kedai yang buka. Malas nak naik bilik lagi, kami stay kat lobi hotel sambil layan internet dan tunggu pak teksi.
20141030084356
Di sini, motor sememangnya pengakutan utama. Sangat banyak motorsikal. Sangat! I mean it. Tak kira lelaki perempuan, tua muda semua guna motorsikal.
IMG-20141030-WA0003
Maaflah, tak sempat menyempat nak gambar muka depan Kedai.. Haha.. terus-teruslah you all layan gambar kain yang melambak.
IMG-20141030-WA0005
Baju budak ni, dalam RM30 sepasang.
IMG-20141030-WA0012
RM60 sepasang.
IMG-20141030-WA0060
Kalau kat Malaysia, ini baju kurung pahang. RM30/sepasang.
IMG-20141030-WA0028
Tak silap dalam RM100.

IMG-20141030-WA0031

IMG-20141030-WA0041

IMG-20141030-WA0044
RM50 tak silap..
IMG-20141030-WA0057
Telekung Lycra untuk budak.. RM25/ sepasang.
IMG-20141030-WA0061
Telekung Lycra dewasa, RM30/ sepasang.. Murah tak???? Ini ai ambik, untuk mak and adik-adik sekali.. Sedondon lah raya tahun ni.. ahaks!
IMG-20141030-WA0055_2
Nampak tak kain yang berlambak-lambak tu.. Hasil tangkapan hari ini.. heheee.. Tu punnn tak cukup lagiii tu..
20141104055623
Ini antara kain cotton milik peribadi. Tak cantik? Alah.. Manis je kat mata ai.

Kat kedai tu, saya tak ambik jubah, belikan untuk mak, makcik, dan makcik sahaja. Sebab, kalau jubah-jubah ni, saya lebih berkenan dengan jubah Malaysia.. πŸ˜€ Kat situ dapat, beli berpasang-pasang baju kurung pasang siap.. Puas hati dengan hasil hari ni, kami blah.. Urusan jual beli saya gunakan RM, kak Masteka guna Dong..

Balik hotel rehat, petang tak keluar langsung. Sebab nak jalan kat pasar malam.. Agak best juga pasar malam kat situ, banyak barang murah.. Tapi perlu diingat.. Kat area Ben Tanh ni, saya nasihatkan buat abam-abam takyah nak excited sangat. Sebab barang keperluan lelaki agak kureng sikit.. Kalau hakak-hakak.. Hahh.. Pegilahh.. Sokong sangat..

Agenda membeli belah diteruskan pada waktu malam.. Tapi sebelum melaburkan wang ke jalan yang disukai.. Makan dululah yaaa…

20141030201019
Okeh menu hari ini, Kue Teow Goreng + Kopi Panas + Sup (minta sendiri, ingat ko kat Malaysia nak ber-sup-sup) *lepas minta baru rasa pelik* eheheehee. Harga lupa, Haha! Sedikit komen, Kue Teow goreng tu taklah sesedap Kue Teow kita.. Haihhh Hujan Emas Negeri Orang Hujan Batu Negeri Sendiri sangat.. πŸ˜‰

Lepas makan.. Jalan-jalan..

20141030204817
Itu sebab lampu motor. Masa aku nak ambik gambar ni pula dia nak lalu..

20141030204828

20141030204834

20141030204908
Kebanyakkan kedai di pasar malam ni, kedai yang pakaian dalam Ben Tanh juga..

Sekianlah, malam kedua di Vietnam..

PhotoGrid_1424922477397-1
Thanks for reading this entry!
Posted in Kembara, Vietnam

Pertama kali ke Vietnam!

Assalamualaikum.. πŸ™‚

(Previous Entry, click – Part 12: Musim Panas di Seoul..)

Kali ni entry nak cerita pergi Vietnam hujung bulan Oktober tahun lepas. Percutian bermula dari 29 Oktober hingga 01 November 2014 (4 hari 3 malam). Walau bagaimanapun berlepas ke KL pada malam 28hb Oktober. Bermalam di KLIA2 sahaja sebab pada keesokannya penerbangan ke Ho Chi Min City adalah seawal pagi pada jam 8. Kali ini percutian bersama dengan Kak Masteka. Rakan sekerja, a.k.a BFF katanya..

20141028082708
At LCCT KK, menunggu dan menunggu… Muka happy kannn?? Excited nak borong kain kot.. Ehehee..

Sampai KLIA2 lebih kurang dalam jam 12 malam dah, sampai dalam keadaan kepenatan dan kelaparan.. Lepas ambik barang, cari tempat makan, selesai makan beli bekalan makanan untuk di bawa ke Vietnam dan terus gerak ke surau KLIA2.. Bertiduran sekejap kat situ. shhhhh. Hehe. Bangun Subuh.. Siap-siap dan gerak ke balai pelepasan..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 55 minit. Perjalanan KK ke KL lagi lama kan?

Kami dijangka tiba di Tan Son Nhat International Airport jam 8:55 pagi. Jangan hairan, kat Vietnam lambat sejam dari waktu Malaysia. So, kalau waktu Malaysia sepatutnya sampai 9:55 pagi.

20141029064626
Tunggu fly lagi.. Tak ada benda nak gambar.. Saja nak bagitau yang I sayang sangat kasut ni!! Semoga umur u bersamaku berpanjangan.. πŸ˜‰
20141029073507
Pagi di lapangan..
20141029092705
Indahnya ciptaan Allah.. Bertuahnya dapat ambik gambar macam ni.. πŸ™‚

Masa nak mendarat kat Tan Son Nhat International Airport, crew cabin buat pengumuman yang kapal tak boleh nak mendarat masa tu, ini disebabkan tentera Vietnam menggunakan lapangan tersebut untuk membuat latihan, latihan tentang apa.. Entahlahhh. Heee.. So, rasanya kapal kami berlegar-legar kot kat ruang udara.. Kami mendarat sekitar jam 9:30 pagi tak silap.. Yeayyy teruja!.. Alhamdulillah..

20141029103219
Muka penat baru sampai Airport
20141029103234
Sorrylah.. peace tu tak boleh nak blahhhhhh
20141029103503
Dari ramai orang, sampai tak ada orang.. Terkedu tak tau nak buat apa, blur sekejap.. Hehe. Then nampak makcik and anak-anaknya beli simkad kat kedai yang signboard biru tu.. Kami pun turut la membelinya.. 290k dong (Call & internet) Bolehlah kan..Mahal? ya. Untuk 4 hari sahaja. Rasanya tak penting pun, kalau nak beli, beli. Kalau tak nak terpulang. Tapi bagi kami atas rasa keselamatan dan waspada, kami buat keputusan untuk beli simkad Vietnam bagi memudahkan urusan sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diinginkan.. Bijak tak?? Eh!
IMG-20141029-WA0004
Beli simkad. Diorang akan pasang terus dan setting… Don’t worry pekerja kedai boleh berbahasa Inggeris.
20141029103620
Tengah duduk-duduk tunggu turn nak beli simkad, Kak Mas bagitau yang beg dia rosak. Tak sangka terjadi pada kami pulak. Sebelum-sebelum ni pernah baca kat blog yang luggage bag kena wrap atas sebab ni la.. Tak hairan juga kalau nak buang bag tu, tapi cara diorang buang kasar kot.. Haihhhh..
IMG-20141029-WA0014
Tunggu teksi kat luar.. Kalau nak naik bas pegi belah kanan dari pintu keluar. Kami tak berani nak naik bas, takut sesat. So, atas rasa nak selamat lagipun ini merupakan first time datang sini, kami buat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Syarikat teksi kami gunakan adalah Vinasun! Inipun atas saranan blogger. Alhamdulillah sepanjang kami di sana, pemandu teksi ni baik-baik belaka. Cuma yang tak best,diorang tak pandai cakap bahasa Inggeris..Hmm. Oh ya, teksi pergi belah kiri yeee.. Setiap teksi ada yang jagakan, so cakap je nak naik Teksi Vinasun. Diorang akan arrange you punya turn.

20141029112809

20141029113149
Tempat letak motor, seluas-luas kawasan.. Terkesima aii
20141029113235
Muka tak cukup tidur.. Letih wehh
20141029113221
Motor di sana sini.

Di sini kami stay di Pink Saigon 2 area Ben Tanh. Tempahan dibuat melalui Agoda.Com. Kadar harga dalam RM90++/ malam. Okaylah.. kannn? Perjalanan dari airport ke Ben Tanh lebih kurang 20-30 minit. Tak lama..

Usai urusan check in segala, letak barang then cari makan kat bawah. Area Ben Tanh jangan risau, makanan halal banyak sangat.. Untuk hari pertama, kami makan di Kedai Makan Hajah Basiroh. Err.. Memang banyak sangat blogger sarankan makan di kedai ni. So kami pun tak lah terkecuali untuk mencuba, lagipun hasil survey, Kedai Makan Hajah Basiroh ni murah dari yang lain-lain. πŸ™‚

20141029125331
Menu pertama di Vietnam. Mee ni dipanggil ‘Pou/ Pho’. Entahlah.. Suka hati nak guna yang mana… Makanan ni ala-ala bakso daging, mee tukar ke Kue Teow. Dihidang bersama ulam dan sambal goreng. Aduhaiiii.. Sambal terus menusuk ke otak pedasnya..Boleh tahan! Order bersama kopi susu. Kata orang tak sah ke Vietnam kalau tak minum kopi and makan Pho. So complete-lah menu kegemaran ramai ini di hari pertama. Harga sehidangan Pho, RM10, dan segelas kopi RM3.30.

Lepas makan, kami terus balik ke hotel bersihkan diri dan lakukan perkara wajib. Ingatkan nak lelap seketika, rupanya tertidur hingga lewat petang. Dan sebelah malam kata mereka ada pasar malam di area ni. Dan kami pun cubalah berjalan-jalan di kawasab sekitar. Mula-mula ingatkan nak window shopping, jalan punya jalan punya jalan, alih-alih hujan lebat.. Apalagi lari semahu-mahunya balik hotel.. πŸ˜‰ Arrgghhh stress. Haha

IMG-20141029-WA0033
Balik hotel nampak ni, akak-akak dan makcik-makcik ni dah setel beli barang. Balik awal pun mungkin disebabkan hujan.. Haiii jelessss.. Haha. Nampak tak timbangan tu, kat sini, rata-rata hotel sediakan timbangan untuk penghuni hotel boleh menimbang hasil belian.. πŸ˜€

Sekianlah untuk hari pertama kami di Vietnam.. Thank you!

PhotoGrid_1424922477397-1
Thanks for reading this entry!